Tuesday 10 July 2012

Karnival Bahasa Melayu

Karnival Bahasa Melayu Peringkat daerah Pontian telah diadakan pada 20 Jun 2012. Sk Sungai Bunyi telah mewakili Zon Pekan Nenas dalam 3 pertandingan itu.

1. Pertandingan Pidato
2. Pertandingan Bercerita Tahap 1
3. Pertandingan Bercerita Tahap 2

Alhamdulillah ketiga-tiga wakil ini telah berjaya merangkul tempat pertama dan melayakkan diri ke pertandingan peringkat negeri di SK Parit Keroma Darat,Muar pada 17 Julai 2012. Diharapkan mereka dapat memberi persembahan terbaik pada hari pertandingan dan meraih tempat terbaik.